Sambil menyifatkan ia selaras dengan aspirasi kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat, beliau turut berkata, TN50 adalah garapan idea suara anak muda, aspirasi serta wawasan yang dicorakkan oleh anak muda.
“Dengan kata lain anak muda tidak dipinggirkan daripada arus perdana negara. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersikap terbuka menyediakan satu saluran khusus untuk anak muda menyuarakan pandangan, pendapat, impian dan harapan dalam menentukan hala tuju negara.
“Ia satu langkah berani kerajaan yang sedia turun padang untuk mendengar aspirasi rakyat. Dengan kata lain TN50 dicorakkan bukan berdasarkan kepada selera kerajaan, sebaliknya ia lebih kepada memenuhi kehendak rakyat”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Jelas beliau lagi TN50 adalah satu pendekatan menyeluruh kerajaan menekankan kepada aspek pembangunan fizikal dan sahsiah mengekalkan jatidiri rakyat Malaysia.
Oleh itu, tambah beliau selaras dengan peredaran masa dan sejarah baharu negara sudah sampai masanya kerajaan menyediakan ruang untuk anak muda menentukan masa depan negara berlandaskan acuan Malaysia.
Kesediaan pimpinan kerajaan untuk mendengar suara rakyat katanya lagi tidak harus dipersiakan.
“Anak muda harus memanfaatkan peluang ini untuk menyatakan aspirasi dan harapan walaupun di mana berada sama ada di bandar, desa, mahupun puncak menara gading suarakan idea anda kerana kerajaan prihatin sedia mendengar.
“Berbeza dengan Wawasan 2020 ia adalah Wawasan yang digariskan dengan hanya meletakkan aspirasi kerajaan semata-mata. Berbanding TN50 kerajaan bertindak menjayakan aspirasi rakyat. Tidak semua rakyat di negara dunia ini berpeluang mencorak masa depan negara seperti mana Malaysia”, katanya.
TN50 tegas beliau bukan gula-gula pilihan raya, kerana TN50 mempunyai masa lebih 30 tahun untuk merealisasikannya berbanding pilihan raya yang akan berlangsung setiap 5 tahun.
“Hanya mereka yang dangkal saja menyifatkan TN50 sebagai alat pilihan raya. Oleh itu anak muda, ayuh suarakan impian anda,” ujarnya.
–MediaUMNO/hwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan