Sabtu, 14 Januari 2017

Lesen Judi Rakan Karib Mahathir yang dihalang Pak dan Najib

My Nation News Malaysia

Hari ini, bermacam tuduhan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila ditanya mana buktinya, “saya tidak cukup bukti.”
Ditanya polis mana buktinya, “saya tiada bukti” namun beliau tetap menulis di blognya sebelum disebarkan penyokongnya yang buta tuli tanpa periksa.


Ia bukan pertama kali dilakukannya. Ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi, bermacam tohmahan dilempar kepada Pak Lah, menantunya dan hinggakan Allahyarham Datin Paduka Endon Mahmood pun tidak terlepas daripada fitnah Mahathir.

Sehingga hari ini, tiada pula bukti dikemukakan Mahathir terhadap segala tuduhan, tohmahan dan dakwaannya terhadap Abdullah, Endon dan Khairy.

Apa yang rakyat Malaysia tidak tahu, apabila desakan demi desakan dilakukan terhadap Mahathir pada 2003 untuk melepaskan jawatannya, sebulan sebelum melangkah keluar dari Putrajaya, beliau sempat meluluskan lesen judi pertaruhan sukan di bawah nilai sebenar.

Pada 2010, apabila Datuk Seri Najib membuat keputusan menggantung lesen judi itu, pantas Mahathir membuat kenyataan secara terbuka, “lesen judi diluluskan jika saya berkuasa” tanpa segan silu tanpa memikirkan impak dan kesannya kepada masyarakat.

Keakraban Mahathir dan Vincent Tan bukanlah satu rahsia.

Berikut adalah pendedahan Lim Sian See melalui akaun Facebooknya:

Pada September 2003, sebulan sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan dipimpinnya secara senyap dan melalui penganugerahan secara terus lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan, Vincent Tan pada kadar bayaran lesen RM25 juta sahaja.

(Pada masa yang sama, kerajaan yang masih lagi di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir turut menganuerahkan lesen bagi 420 mesin judi slot bernilai jutaaan ringgit kepada pusat peranginan Bukit Tinggi milik Vincent Tan).

My4All

Tiada ulasan:

Catat Ulasan