Ahad, 22 Januari 2017

[INFOGRAFIK] Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M
By Editor -  18 January 2017 21 0


Cara permohonan Skim Khairat Kematian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Bagi pemohon atau penerima BRIM sedia ada yang telah meninggal dunia, waris atau keluarga si mati boleh mendapatkan wang bantuan Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 menerusi cawangan Bank BSN yang berhampiran.


Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak dipohon oleh waris bagi penerima BR1M yang meninggal dunia pada 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Syarat Kelayakan Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Cara Tuntut Skim Khairat Kematian

Waris perlu membawa dokumen asal berikut ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan :

Sijil Kematian
Kad Pengenalan Waris
Tarikh Tutup Permohonan - 31 Januari 2017 (Selasa)

hwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan