Sabtu, 14 Januari 2017

Guang Eng Menghasut

Bukit Aman akan menyoal Ketua Menteri P. Pinang berhubung tulisan bertajuk “MCA, MIC, Gerakan And SUPP Should Withdraw From BN Following BN's Endorsement Of Hudud-Like Laws” di dalam blog beliau di limguaneng.com.

Kenyataan Lim Guan Eng ini adalah bersifat menghasut kerana:


(1) Ia merupakan kecenderungan “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” seperti yang termaktub di bawah Perkara  3 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

(2) Ia merupakan kecenderungan “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia” seperti yang termaktub di bawah Perkara  3 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

(3) Ia merupakan kecenderungan "bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia" seperti yang termaktub di bawah Perkara 3 (1) (d) Akta Hasutan 1948.

Kenyataan Lim Guan Eng ini juga adalah satu penentangan terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah ketika menyampaikan ucapan pembukaan Parlimen ke-13 pada 7 Mac 2016 bahawa "Beta harap usaha akan dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi agama dan untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang Islam dengan memperkasa mahkamah syariah".

Perbuatan menghasut merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Perkara 4 (1) Akta Hasutan 1948.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/12/bukit-aman-expected-to-question-guan-eng-on-friday/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan