2. Ia adalah berdasarkan ANDAIAN dangkal bahawa oleh kerana _Forest City_ dibina dengan kerjasama syarikat China, 336,000 unit rumah ini akan dibeli oleh 350,000 orang warga China dan dengan itu 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan oleh kerajaan Malaysia.
3. Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, "saya tidak membuat ANDAIAN atau mencetuskan kebimbangan." Titah baginda lagi, "saya buat kenyataan berdasarkan FAKTA dan perangkaan, bukan berdasarkan laporan BERITA BARAT."
4. Berdasarkan FAKTA, Forest City akan dibina di atas tanah yang ditebus guna (reclaimed land) dengan keluasan 1,386 hektar. Bermakna, apabila selesai tebus guna sepenuhnya saiz keluasan tanah negeri Johor akan bertambah daripada 19,210 km2 atau 1,921,771 hektar menjadi 1,923,157 hektar. Jadi dakwaan Mahathir, tanah Johor dijual adalah salah kerana sebenarnya tanah Johor bertambah 0.072% melalui projek ini.
5. Pemaju induk dan pencipta Forest City adalah Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), sebuah syarikat usaha sama antara Country Garden Holdings Ltd (CG) dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
6. Forest City adalah hampir 3 kali ganda lebih besar daripada Pulau Sentosa, Singapura. Kos pembangunan Forest City adalah RM175 bilion dan mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM450 bilion dan dijangka dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan apabila siap nanti.
7. Forest City merangkumi pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, perhotelan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya. Keseluruhan projek ini akan memakan masa kira-kira 30 tahun dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura dan Kuala Lumpur, misalnya.
8. Pemasaran bagi kediaman di Forest City tidak tertumpu di negara China sahaja malah di Australia, Timur Tengah dan pelbagai negara lain. Adalah tidak masuk akal untuk mengandaikan bahawa hanya warga asing berketurunan Cina dari negara China sahaja akan membeli kondominium di Forest City dan setiap warga asing yang membeli kondominium ini akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.
9. Jelas hasrat Mahathir hanyalah untuk memainkan sentimen perkauman anti orang Cina dan anti negara China bagi menakut-nakutkan rakyat Johor.
hwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan