Rabu, 18 Januari 2017

HENTIKAN PEMBOHONGAN MENGENAI 1MDB TUN M

1MDB dalam satu kenyataan berkata, syarikat pelaburan strategik negara itu pada hakikatnya menjalankan operasi perniagaan yang sah berasaskan pengeluaran tenaga dan terbaru dalam pembangunan hartanah.

Dana yang dijana daripada operasi perniagaan tersebut seterusnya menyumbang kepada Yayasan 1MDB dan turut digunakan untuk menaja Program Khas Haji.

Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB telah menyediakan tajaan untuk beberapa perkara. RM690 juta daripada usaha murni itu telah disalurkan ke seluruh Malaysia dan untuk manfaat seluruh masyarakat.


Ini termasuk Sebanyak 60 projek dalam pelbagai sektor dan bidang antaranya pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan perkhidmatan komuniti.

Jelas kenyataan itu, kesemua projek itu telah memberi impak kepada kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia dan boleh dilihat di laman web 1MDB seperti dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), geran akademik kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), geran akademik Pusat Sri Murugan dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu termasuk Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

Selain daripada Program Khas Haji, Yayasan 1MDB turut menyokong beberapa program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu menaja 600 sarjana yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

P/S : Selepas jawapan balas 1MDB menafikan bahawa Program Khas Haji tersebut datang dari dana yang dicuri, muncul pula kenyataan Mat Kotak yang mengatakan dana tersebut tidak mematuhi syariah. Dari sudut mana ianya tak patuhi syariah tidak dinyatakan pula. Sejak berulang kali buat U-turn ni, tak habis-habis meracau tak tentu pasal tanpa arah tujuan.  Apa yang pasti, serangan demi serangan dilakukan keatas 1MDB ini dilakukan kerana mereka sedar bahawa program CSR 1MDB sangat memberi kesan yang mendalam kepada insan-insan yang tidak mungkin mampu menunaikan rukun Islam kelima ini kalau tidak dibantu.  Bukan sahaja penerbangan, penginapan, makan minum ditaja, malah jemaah haji 1MDB juga diberikan wang saku.  Moga Allah s.w.t. memberkati usaha 1MDB ini.

My4All

1 ulasan:

  1. RNG Slot Machine Games | Dr. Gamble
    Play online RNG slot machine games and win 춘천 출장샵 big money with 구리 출장샵 RNG Slots - 동두천 출장마사지 free online slot machine games at Dr. Gamble. Join 경주 출장샵 Dr. Gamble today and start 고양 출장샵 winning big!

    BalasPadam