Rafizi... banyak habiskan duit untuk membayar saman malu dari pelbagai pihak.
*****
1. MalaysiaKini, antara portal pro pembangkang akhirnya bertindak mendedahkan sendiri penipuan Rafizi dengan membuat pengesahan fakta dalam persoalan mengenai projek MRT yang rancak dicanang oleh ahli parlimen pembangkang itu.2. Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dalam kenyataannya semalam berkata pihak Malaysiakini telah mendedahkan Rafizi secara jelas telah silap dengan mendakwa kos bagi MRT1 SBK ialah RM21 bilion bagi laluan sepanjang 21km walhal ia adalah bagi laluan 51km, iaitu lebihan sebanya RM30 bilion mengikut kiraanya.
3. Malah, laporan di portal pro pembangkang itu turut mendakwa Rafizi menggunakan satu projek terowong kosong di Barcelona dengan mendakwa ia adalah satu projek MRT, yang pada umumnya jelas menampakkan usahanya untuk membuat perbandingan seterusnya menuduh projek MRT Malaysia adalah lebih mahal daripada projek di Sepanyol itu.
4. Selain itu, tindakan Rafizi ‘mencedok’ maklumat tidak sahih daripada blog Wordpress yang menggunapakai nama ‘Pedestrian Observation’ di mana ia telah dibuktikan silap, malah lebih memburukkan keadaan lagi, Rafizi hanya menggunakan maklumat secara berpilih melalui dua contoh paling murah daripada 25 contoh projek MRT sebagai usahanya untuk menuduh kerajaan terlebih bayar.
ISU 1 - Bantuan Persekolahan
My4All
Tiada ulasan:
Catat Ulasan