Jumaat, 3 Februari 2017

Khasiat Pokok Bemban

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.


Nama Tempatan: Bemban
Nama Saintifik: Donax Grandis
Nama Lain: common donax, lamah(kadazan dusun)
Famili: Marantaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal: Tumbuhan tempatan


Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh.Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat.

Batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang.Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. Ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun.

Selain Dari Khasiat, kulit batangnya yang telah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia. Selain daripada itu ia juga boleh dianyam untuk dijadikan bakul. Perkataan bemban itu sendiri memberi maksud perangkap ikan sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan.

Daunnya boleh digulungkan dijadikan serunai dan menghasilkan bunyi yang merdu dan menjadi permainan kanak-kanak kampung.batangnya juga boleh dijadikan senapang mainan.

Khasiat Pokok bemban dalam perubatan tradisional

1. Menyembuh bisul – Ambil daun bemban di layur dengan lilin dan seterusnya ditekap pada bisul tersebut proses perlu diulang sehingga bisul surut dan hilang.

2. Ubat Mata – Ambil beberapa helai daun bemban muda diramas didalam air dan dititiskan pada mata. Untuk mata merah dan sakit mata.

3. Untuk menghilang bengkak – Dikasar atau digiling seterusnya disapu pada bahgian yang bengkak.

4. Penawar gigitan binatang berbisa – Patahkan batang bemban hingga mengluarkan air dan disapu ditempat gigitan tersebut.

(Sumber Rujukan): http://www.borneofocus.com/saip/vaic/R&D/article13.htm)

hwa

1 ulasan:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam