Ahad, 26 Februari 2017

Jom Ngail1 PDM2017 - Meriah

Oleh: Wan Aziz | Sabtu, 25 Februari 2017


Jertih - Program Jom Ngail! PDM2017 bertempat di Gertak Mak Keteh, Kampung Kubang Bemban berakhir dengan meriah. 
Program julung-julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa PDM Mukim Kubang Bemban dengan kerjasama Atra Dun Jerteh. Bermula dengan suasana agak dingin kerana hujan di waktu pagi, cuaca kembali baik dengan mendung sepanjang berlangsungnya program mengembalikan keceriaan dan orang ramai mulai datang menyaksi aksi pengail dengan perlbagai gelagat.


Selain hadiah menarik ditawarkan kepada peserta mengail, cabutan bertuah juga diadakan kepada pengunjung dengan hadiah menarik termasuk dua buah basikal.

 

Tuan Haji Azizul Jasmi Mohamad mewakili Dato' Haji Muhammad Pehimi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Turut hadir Tuan Mohamad Razlan - Ketua Penyelia Atra Dun Jerteh serta Ahli-ahli Jawatankuasa PDM.































Jurufoto: Wan Samsuddin dll

Tiada ulasan:

Catat Ulasan